About us

DZ Therapeutic Spa telah ditubuhkan pada 1hb Januari 2011. Syarikat ini beroperasi untuk menghasilkan dan membekalkan produk kecantikan dan makanan tambahan yang berasaskan herba. Kini, syarikat ini telah menghasilkan empat produk makanan tambahan iaitu Gluta Cell, Power Herbs, De’ Contour dan Deniz Cafe. Gluta Cell adalah minuman yang mengandungi glutathione dimana ianya berpotensi menghindari penyakit terutama yang berkaitan dengan penuaan. Power Herbs pula minuman kesihatan yang berasaskan 10 herba tempatan, De’ Contour adalah untuk wanita yang ingin memiliki berat badan ideal dan Deniz Café adalah minuman khas untuk lelaki.

Produk-produk ini diperiksa sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan produk yang dihasilkan selamat digunakan oleh semua. Untuk menjamin kebersihan dan memastikan bahan yang digunakan adalah halal, JAKIM telah mengeluarkan sijil kelulusan bagi kesemua produk ini. Dengan adanya kelulusan dari JAKIM, DZ Therapeutic Spa Sdn Bhd telah merancang untuk meluaskan pasaran kepada negara-negara Islam yang lain.

Bagi produk kecantikan, DZ Therapeutic Spa Sdn Bhd merancang untuk melancarkan rangkaian kosmetiknya sendiri seperti produk penjagaan kulit, penjagaan rambut dan juga penjagaan kebersihan peribadi. Produk yang masih diuji akan dihasilkan dengan satu lagi ‘Herba Rahsia’ yang masih belum dikomersilkan di Malaysia.